Follow me on twitter :)

Thursday, January 26, 2012

133. Analogi Cinta

Assalamualaikum...

hari ni saya nak post sesuatu yang saya pernah post dalam blog saya yang dahulu...hehe...menarik taw...

Jika kamu memancing ikan…
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…
Kerana ia akan sakit oleh kerana sakitnya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...


Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana ia akan terluka dengan kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat… 


Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang…
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…..


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
Anggaplah ia manusia biasa...
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan, berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu, mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga akan menyesal...

p/s: dalam bercinta pun kene ada adab...jangan ingat orang itu sangat menyayangi kita, kita boleh berlaku kejam kepadanya...bayangkanlah jika kita berada di tempatnya...pasti sakit...huhu

>>>sorry selalu sakitkan hati awak...sabar ea...

Adios!!!

No comments:

Fabulous Friends