Assalamualaikum,
Hari ni, Malaysia telah melalui pemilihan raya ke-13 untuk menentukan kerusi pemerintah negara. Saya tak nak komen pada vote atau keputusan orang ramai. Tapi saya tertanya-tanya tentang pemikiran kita semua yang bergelar rakyat Malaysia. Saya ada pendapat sendiri dan vote sendiri yang saya kira peribadi dan saya tak menuding jari untuk katakan orang yang mempunyai vote yang lain daripada saya salah. Tidak sama sekali.
Saya hanya tertarik untuk menulis apa yang terlintas di fikiran berkaitan orang awam atau rakyat bawah pemerintahan kerajaan. Bukan untuk mengutuk mana-mana pihak, saya tulis ini sebagai diari fikiran saya tanpa mengutuk sesiapa.
So, berbalik pada perkara yang ingin saya tulis.
Dalam pilihan raya kali ini, banyak perkara yang tak diingini berlaku. Contohnya flash-mob dan rusuhan sebagainya. Even after keputusan pilihanraya yang dibuat oleh rakyat keluar menunjukkan majoriti, masih ada pengundi pihak masing-masing yang menunjukkan rasa tidak puas hati. (pada yang berkenaan, saya tak cakap semua)
Tapi, bila berbalik pada satu point utama, kita semua rakyat Malaysia. Tepuk dada tanya selera. Anda semua mengundi dan memilih pihak parti untuk apa? Untuk kemewahan sendiri dan keluarga? Untuk keselamatan keluarga? Untuk hidup yang terjamin lebih selesa dengan kemewahan pada masa akan datang? (sebab ada pihak menuntut kerajaan sekarang menyeleweng duit dan meminta hak rakyat dikembalikan)
Saya tak cakap keinginan tu salah atau betul dan saya tak cakap tindakan kerajaan itu salah atau betul. Tapi, saya yng personally nak mengundi, tapi tak mampu, tertarik melihat persengketaan orang ramai.
Persoalan utama, keneapa bergaduh? Ini ke yang anda semua mahukan? Mahu selamat, hak dikembalikan, kemewahan sampai anak cucu terjamin...tapi, bergaduh sesama sendiri walaupun rakyat dalam satu negara??? Kalau itu yang anda mahukan walaupun rela korbankan keamanan, tanya semula pada diri, wajar ke? kalau menuntut Islam yang diperjuangkan, Islam tak menganjurkn perang selagi pihak satu lagi tak memberi ancaman pada individu, keluarga, negara, agama atau bangsa.
Jadinya, apa saya nak cakap, bukan kah pilihan raya ini fungsinya untuk mewujudkan kerajaan demokrasi. Pilihanraya bukan untuk pergaduhan merebut kerusi paling tinggi dalam masyarakat atau pentadbiran. Kerajaan demokrasi yang dimaksudkan adalah, rakyat memilih tapi dengan harapan mwujudkan keamanan.
Kalau masih ada yang tak faham, secara direct saya tanya,
"Kerajaan sebelum ini, kerajaan sekarang, kerajaan masa depan, kalau kita menuntut perubahan pada kerajaan ini dengan berbagai tuntutan, point utama untuk fikir, adakah kita masih mampu, boleh, ada peluang hidup aman?"
Hidup aman yang nk cakap kat sini bukn perang daripada anasir luaran, tapi gara-gara pergolakan dalaman sendiri. Kita masing-masing berebut dengan agenda, dan parti masing-masing, tapi kalau pun apa yang diperjuangkan tu lebih mulia daripada kerajaan sekarang, tapi in the end still menyebabkan huru-hara, kacau-bilau, gaduh-gaduh, wajar ke?
Erm, saya dah tak tau macam mana nak explain, sebab saya bukan seorg yang pandai berkata-kata. Tapi, saya nk bagi contoh, nak cerita sikit.
Masa tingkatan 5, saya couple. Hidup okay tiada huru-hara, takde isu dengan study atau dengan hidup. takde masalah dengan orang sekeliling mahupun hubungan dengan Allah. Cume walaupun nampak lengkap, saya mengaku ada cacat sedikit for the fact yang saya couple. Sedangkan Couple itu boleh dikategorikan haram. So, bila dah dekat musim peperiksaan, saya ambil keputusan untuk jumpa teman lelaki saya. Nak tahu kenapa nak jumpa? Sebab saya nak minta clash dengan alasan dan pegangan walaupun benda lain okay, tapi ada satu benda salah dan saya nak betulkn kononnya salah itu sebelum masuk musim peperiksaan.
Sebab saya cari benda salah tu, saya tak terfikir possibility lain just concentrate pada nak clash sbb nak betulkn kesilapan pada saat itu. Tiba-tiba, waktu berjumpa tu, kami ditangkap warden, kononnya dating. Walaupun dah menerangkan kejadian sebenar pada warden, kami tetap terima hukuman yang secara tak langsung melibatkan konsentrasi pada pembelajran.
All in all, bukan lagi bahagia nak belajar, lagi tak aman ada la kan. So, ada seorang cikgu datang berjumpa saya personally. Lepas berbual dan saya cerita apa yang terjadi, beliau tanya pada saya:
"Walaupun satu benda tu salah, adakah everything yang lain pun jadi rosak?"
Saya jawab:
"Tak cikgu. Study okay, solat okay, hubungan dengan semua org pun okay, result exam sebelum ni pun okay"
then cikgu tu tanya semula:
"Kalau dah tau okay, kenapa pergi cari pasal sendiri untuk betulkan satu salah sampai rosakkan everything?"
waktu tu, saya terdiam, saya tau saya salah. keadaan terang dan jelas takde problem, sbb kitorg pun ad je title tu, tp dating tak, jumpe x, contact pun skali skala sbb sy tak bawa fon ke asrama. So, waktu tu, keadaan da huru-hara, masalah makin complicated, belajar makin tak aman, tapi still satu isu je selesai, iaitu clash.
So, bila sy apply pada kes pilihanraya malaysia. ibaratnya sama. Semua org pandang beberapa kesalahan yang kerajaan skrg ada. tapi tak nampak kebaikan atau at least, benda yang still baik dan belum rosak dalam pentadbiran kerajaan kini. So, kenapa nak cari masalah dengan beberapa kesalahan yang kita jumpa tu dengan cagaran korbankan benda baik yang memang sedia ada. Nak contoh? contoh terbesar la yang kerajaan sekarang dah buat untuk malaysia, kita aman, damai, hidup berbilang kaum, maju.
Nak apa lagi?
Nak hajat setiap manusia kat malaysia tercapai baru puas ati? kalau macam tu, pilihanraya berapa byk pun tak guna! sebab yang korang kejar cuma kepentingan masing-masing untuk jaga backline masing-masing. bukan untuk future. korang kejar apa yang korang perjuangkan, sampai gaduh2, kan boleh lead pada perang mamca tu. tu ke yang korang nak?
Lecturer kat oversea pun ada ckp, negara yang hidup dalam demokrasi tu, nk buat apa cari masalah kecil dalam benefit yang besar? macam cari bala. bukan cari pahala. Islam pun tak ajar perang or gaduh2. Islam kata ikut pemerintah selagi dia tak suruh buat benda yang keji contohnya somthing yang islam larang seperti berbunuhan sesama sendiri. Ada ke kerajaan suruh?
Haih, kan da terlepas rasa nak marah. bukan marah pada BN atau parti Pakatan Rakyat. Tapi marah pada diri sendiri. sebab?
Sebab tak mampu jerit kuat2 bagitau semua orang jangan bergaduh and jangan cari salah orang lain. Ada ke org yang perfect kat dunia ni? Kalau la manusia tu lengkap perfect, buat apa ada law, buat apa ada penjara dan polis, buat apa ada syurga neraka?
setiap orang ada kelemahan, guna la kelemahan tu untuk cari ruang baiki mana yang boleh. bukan cari salah, tapi cari penambahan. tambah dengan cara, kalau satu parti A tak cukup buat something, lg satu parti B yang claim mampu buat apa yang parti A tak mampu, apa kata bersatu. bukan bergaduh. gaduh tak selesaikan masalah. Rakyat yang memilih kalau duk tukar2, akan rasa macam, keluar mulut buaya masuk mulut singa.
so, kalau bergabung! mcm cerita power rangers tu, kan lagi selesai masalah. parti A dan parti B bergabung tenaga jadi apa? apa2 pun boleh. mcm power rangers, jd robot besar yang confirm kalahkn org jahat, xkesah la jahat mana or besau mana pun org jahat tu.
lg setel....!!!!
da sekian..sorry la kalau ada org bce dan tak faham. ni bukan untuk bacaan umum, ni luahan hati sendiri je.
dan kalau ada yang baca dan tersinggung, maafkan. tak berniat kutuk sapa2. just nak ingtkn diri sendiri tentang NIAT. dan pada yang marah, maafkan..huhu, saya taknak gaduh.
peace no war. saya sayang malaysia. sbb saya lahir kt malaysia and saya warganegara malaysia. saya cuma nak malaysia aman. asalkan agama saya, keluarga dan bangsa saya tak terancam, "aiman tak kesah"... hehe
I <3 Malaysia
No comments:
Post a Comment