Assalamualaikum...
Adatlah kan dalam hubungan gaduh-gaduk sikit...gigi pun kadang-kadang tergigit lidah walaupun dah bertahun-tahun hidup sama-sama, buat kerja sama-sama...
tapi apa yang oenting adalah apa yang kita dapat ambil daripada setiap pergaduhan tu...sama juga dengan kes cinta...
ada sesetengah orang kata gaduh tu tanda mesra...tapi kalau dah melampau sangat, pasti ada yang tak kena...jadi, refleks diri sendiri dan cari punca...
baru-baru ni, abang saya ada konflik dalam hubungan dia...tapi dia positif, dapatlah sedar pengajaran yang boleh diambil...
contohnya:
"...when we get hold to one person, we completely feel lost when we lose him or her...so, just be loyal but at the same time give space for others too..."
biasalah, orang gaduh, lahir pun bukan dari rahim yang sama, hidup pun bukan dari kecil sama-sama...alangkan adik beradik sama rahim pun bertikam lidah jugak...
tak dinafikan, saya pun gaduh juga dalam hubungan...tapi Alhamdulillah saya dapat seorang yang sangat memahami dan bersabar dengan kerenah saya yang baran ni...tapi mungkin juga sebab saya dah bagi amaran pada dia tentang apa yang saya mungkin buat...hehe
tapi sepanjang saya gaduh dengan dia, saya pun belajar banyak benda...dia banyak sedarkan saya apa yang kita tidak sedar...
contohnya:
1. saya selalu cakap kalau tak sesuai buat apa bersama...kena lah berpisah sebelum terlambat, sebelum hubungan menjadi rasmi...untuk hubungan berjalan lancar, perlu cari seseorang yang sangat memahami satu sama lain...sebelum melangkah lebih dekat pada ikatan, perlu pastikan pasangan sangat memahami satu sama lain...
tapi dia cakap, orang yang kahwin atas pilihan keluarga macam mana? diorang faham ke satu sama lain sebelum kahwin? tak pun kan...tapi still dapat hidup bahagia sampai dapat zuriat...sebab yang penting adalah macam mana kita nak cuba fahami si dia...hehe, baru lah saya tersedar...lagipun, kita yang pilih jalan yang akan kita ambil...
2. kalau kami berselisih faham, saya suka cakap pada dia, gaduh waktu tu jugak...biarlah macam mana teruk pun masing-masing melepaskan geram, tapi kalau perhatikan betul-betul, bila gaduh pada waktu tu juga, pergaduhan tu tidak akan kekal lama...kejap je dah reda semula...sebab takde perasaan terpendam...perasaan marah tu takkan dibawa untuk salah faham seetrusnya dan kemudiannya...
3. dia selalu ingatkan saya, kadang-kadang manusia boleh tahu perasaan seseorang...tapi kalau tak dapat tengok muka, hanya berdasarkan suara, perasaan itu tak jelas untuk diafsirkan...sebab tu, dia selalu mintak kalau saya berubah mood dan rasa tak selesa, saya perlu luahkan apa yang mengganggu fikiran saya...bukan hanya simpan sendiri dan menganggap perasaan tidak selesa itu akan hilang...kerana ia akan muncul semula, pasti!! huhu
jadi, konklusinya, dalam hubungan memerlukan kedua-dua belah pihak untuk meletakkan komitmen dalam membahagiakan dan meneruskan hubungan tu....bukan hanya terletak pada lelaki atau perempuan sahaja...
AdiOS!!!
>>> saranghae!!! (pandai2 lah sedar diri)