Asssalamualaikum,
Kesempatan adalah peluang yang diperolehi seseorang, manakala pilihan adalah keputusan yang diambil oleh seseorang…
Dalam situasi bertemu seseorang dan berkenalan lantas mencintainya, terdapat kesempatan yang membawa kepada pilihan…
Bertemu dengan seseorang adalah kesempatan,
Mencintai orang itu adalah pilihan…
Ketika kita bertemu dengan seseorang, merasakan dia adalah orang yang tepat untuk dicintai, bertemu di tempat yang tepat serta pada masa yang tepat, itu adalah kesempatan…
Bertemu dalam sesuatu peristiwa atau kejadian bukanlah pilihan, tetapi kesempatan…
Ianya adalah kesempatan kerana itu adalah percaturan takdir yang telah Allah tentukan…
Tetapi, ketika bertemu dengan seseorang itu dan membuatmu tertarik, memilih untuk mencintainya walaupun terdapat ramai pilihan lain, itu bukan kesempatan, itu pilihan…
Kita memutuskan untuk mencintai seseorang walaupun dengan segala kekurangan yang dia miliki, itu bukanlah kesempatan tetapi pilihan…
Apabila kita secara sedar memilih untuk sentiasa bersama dengan seseorang walau apa pun terjadi, atau apa pun pengorbanannya, itulah pilihan…
Ketika menyedari bahawa ramai lagi orang yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya, lebih segala-galanya daripada orang yang disukai, dan tetap memilih untuk mencintainya tanpa melihat setiap perbandingan tersebut itu adalah pilihan…
Perasaan cinta, sayang, suka atau benci, marah, atau simpati, tertarik, kasihan, datang seperti kesempatan kepada kita namun kita yang memilih untuk memiliki perasaan cinta terhadapnya, itu lah pilihan…pilihan yang kita lakukan…
Terdapat satu kata-kata yang tepat dengan perbicaraan cinta:
“…nasib membawa kita bersama tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil…”
Cinta sejati itu wujud dan pasti ada…pasti ada seseorang yang sememangnya tercipta untuk kita…
Kita mungkin mendapat kesempatan bertemu pasangan jiwa kita..tetapi itu adalah pilihan yang kita lakukan untuk mencintainya dan tetap berada di sampingnya…
Cinta…bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi untuk belajar mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna…
While you are reading and someone appears in your mind, then You Are In Love With That Person…
Walau apa pun yang berlaku, takdir yang Allah tetapkan tidak pernah tertukar, percaya lah pada-Nya yang menguruskan kehidupan kita…
No comments:
Post a Comment