Follow me on twitter :)

Friday, December 16, 2011

125. Orang yang Mendapat DOA Malaikat

1. Orang yg tidur dalam keadaan bersuci. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :“Sesiapa yg tidur dalam keadaan suci, Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” [Hadith Riwayat Muslim]

2. Orang yg sedang duduk menunggu waktu solat. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci kecuali di kalangan Malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia." [Hadith Riwayat Muslim]

3. Orang yg berada di saf depan solat berjemaah. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat ke atas orang yg berada pada saf depan.” [Hadith Riwayat Muslim]

4. Orang yg menyambung saf pada solat berjemaah. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat selalu berselawat kepada orang yg menyambung saf.” [Hadith Riwayat Muslim]

5. Mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Bila seorang imam membaca ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai,maka ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yg ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat maka dia akan diampuni dosa2nya yg lalu.” [Hadith Riwayat Muslim]

6. Orang yg duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Kalangan Malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.” [Hadith Riwayat Muslim]

7. Orang yg melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Kalangan Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu Malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yg sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan Malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan Malaikat yg ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan Malaikat yg bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?' Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat." [Hadith Riwayat Muslim]

8. Orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoakan. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yg dilakukan tanpa pengetahuan orang yg didoakannya adalah doa yg akan dikabulkan. Di kepalanya ada Malaikat yg menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, Malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yg ia dapatkan." [Hadith Riwayat Muslim]

9. Orang yg membelanjakan harta (sedekah). 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua Malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yg berinfak..(sedekah)." [Hadith Riwayat Muslim]

10. Orang yg sedang makan sahur. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat kepada orang yg sedang makan sahur." [Hadith Riwayat Muslim]

11. Orang yg sedang melawat orang sakit. 

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 Malaikat untuknya yg akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." [Hadith Riwayat Muslim]

2 comments:

syarifahsidrus said...

thanks sharing. moga kita mendapat keberkatan =)

N>A>M>R said...

welcome... :)

insyaAllah...semoga dilindungi Allah

Fabulous Friends