Follow me on twitter :)

Monday, June 25, 2012

162. Quotes #7


161. Love Letter

SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur kerana masih dapat kembali menatap fananya hidup ini? Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini sedang kau genggam? Amanah sebagai seorang khalifah, sebagai rakyat, sebagai anak, adik dan abang, sebagai pelajar dan sebagai rakan.

Wahai calon suamiku, aku sentiasa merasakan kehadiran Allah itu sangat dekat. Allah sangat menyayangiku dan buktinya, aku diuji untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyingkap rahsia sebuah kehidupan dan bersedia untuk mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menyerapi diri ini, namun kini kurasakan diri ini sentiasa menjadi lebih baik dengan setiap pengalaman yang kuperolehi.

Kadang-kala aku bertanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, di bahagian yang paling rapuh dalam diriku ini. Mengapa Allah harus mendatangkan aku dengan ujian yang sangat berat untuk hati rapuhku pikul. Namun kini kutahu jawapannya. Allah pasti tahu dimana tempat yang paling tepat dalam diri ini yang mampu membuat aku sentiasa kembali mengingati-Nya dan kembali mencintai-Nya. Setiap ujian Allah membuatku menjadi lebih tabah. Kuharapkan apabila kita bersama, kau bangga memiliki aku di hatimu.

Calon suamiku….

Walaupun kita dipisah jarak dan ruang, tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang kuat sehingga aku pun akan bangga memilikimu kelak. Ujian yang didatangkan kepadamu bukanlah untuk menghukum, tapi cuma mendidik hatimu agar lebih tabah dalam hidup.

Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kekecewaan yang akan kau dapati. Aku masih haus akan ilmu, namun berbekalkan ilmu yang ada hingga saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, wahai calon suamiku…

Wahai calon suamiku…

Saat aku masih di awah asuhan ayah dan ibuku, doaku agar aku menjadi anak yang solehah kepada mereka untuk menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga, aku mampu menjadi bidadarimu dan mendampingimu sentiasa. Aku mengaku aku seorang yang kuat cemburu. Tapi jikalau Allah dan Rasul yang lebih kau cintai, aku rela. Aku harap dirimu juga merasakan yang sama. Aku yakin kaulah yang kuperlukan walaupun mungkin bukan yang kuharapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah…

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, bantulah aku untuk bersama mendidiknya dengan rezeki yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya, yaitu ketika mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya untuk menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku. Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, bukan wanita terbaik, tapi setidaknya mampu menjadi yang terbaik untukmu dan di sisimu kelak.

Calon suamiku….

Kelak saat kita sedang bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu. Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu.

160. Quotes #6


159. Mekanisme Hati

Assalamualikum,

Hati bukan hanya sekadar organ dalam tubuh manusia. Tetapi hati itu merupakan tempat lahirnya perasaan seperti receptor walaupun tanpa disentuh secara fizikal seperti anggota zahir manusia yang lain.

Di situlah tempat munculnya perasaan seperti marah, sedih, suka, gembira, kecewa, cemburu, iri hati, dengki, cinta, rindu dan sebagainya.

Namun, perasaan yang paling ditakuti oleh manusia adalah 'sedih'. Perasaan ini adalah ancaman utama kepada manusia kerana kesedihan akan membawa kepada kemurungan dan pelbagai perasaan negatif yang lain.

Perasaan 'sedih' itu seringkali menipu manusia yang sedang kecewa ataupun putus asa. Kesedihan menarik manusia hanyut ke dalam arus yang menelan kewarasan akal seorang insan. Perasaan ini membuatkan manusia kian leka melayan kesedihan sehingga terlupa akan perjalanan hidupnya yang belum tamat. 

Masa tidak akan terhenti kerana kesedihan kita, bahkan akan terus bergerak pantas meninggalkan sesiapa yang terleka. Kesedihan bukanlah petanda bahawa dunia atau hidup akan berakhir. Sedih sama seperti perasaan lain yang menjadi bahan perencah dalam kehidupan kita agar hidup seseorang itu tidak hanya monotonous atau predictable.

Inspired from... 

" Dan hari memang berjalan lebih cepat setelah pelbagai kesedihan yang menimpa. Sudah begitu kudratnya. Masalahnya orang lebih banyak terkongkong oleh perasaan. Perasaan yang menipu hakikat waktu." 
Tere-Liye, dipetik dari Novel "Hafalan Solat Delisa"

Oleh yang demikian, banyak yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki diri sendiri agar tidak tenggelam dalam lautan perasaan. 

DELETE semua file kebencian...
INSTALL anti-virus egonisme...
RESTART kehidupan dengan kasih...
REFRESH peribadimu...
DOWNLOAD kesabaran...
UPLOAD tingkah laku yang benar...
Jangan UNDO pengalaman buruk...
COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yang baik...
Jangan TURN OFF selagi mampu untuk hidup...

158. Quotes #5


Sunday, June 24, 2012

157. Aku dan Hatiku

Ketika TAKDIR menyapa CINTA

Aku...
Yang tak pernah berharap mencintaimu...tetapi ALLAH telah menundukkan Hatiku untuk memberikan cinta ini padamu.

Aku...
Yang tak pernah memilihmu untukku...tetapi ALLAH telah memilihkanmu untukku.

Aku...
Yang tak pernah bermimpi untuk mendampingimu...tetapi ALLAH yang telah menentukan hidupku tuk mendampingimu..

Aku...
Juga tak pernah mengharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu...tetapi ALLAH telah memberikan rasa ini yang harus ku tanggung ke atasmu.

Itulah...aku adanya,
Aku yang tak pernah mampu mengatur hatiku sendiri kerana PEMILIK ku yang telah menentukannya...

Aku...
Yang engkau lihat hanya sebuah Raga...sedangkan Hatiku sepenuhnya adalah Milik-Nya

'' Ya TUHAN ku..
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-MU..
Supaya tiada suatu apapun yang mampu memalingkan aku daripada-MU..

Ya ALLAH...Kurniakanlah kepada kami keampunan-MU, bukan azab-MU..
masuk ke dalam syurga-MU tanpa hisab, melihat wajah-MU tanpa hijab,
jagalah kami dengan karunia-MU, 
dari kejahatan orang yang hasad, ketika duduk, berdiri, dan tidur..
peliharalah kami dari rasa dengki...

Amiin ya Rabbal 'Alamiin ... "

156. Quotes #4


155. A girl's habit


Someone tells me that "I hate it when a girl...."

1. cries
2. doesn't understand me
3. acts rude and disrespectful towards anyone
4. makes it hard for me to tell her how I feel
5. says nothing is wrong when there clearly is something wrong
6. doesn't keep a conversation going
7. thinks someone is cute but is too shy to talk to him
8. pretends to like them
9. says "i told u so"
10. doesn't tell me how she really feels
11. want to go out with him but then suddenly stops talking to me
12. judges me for my height before giving me a chance
13. contradicts herself
14. burps
15. doesn't have confidence in herself
16. calls herself fat
17. talks about her problems
18. looks at my profile and doesn't respond
19. texts too much
20. thinks she is better than everyone else
21. tells me about all the other guys she's been talking to

Unfortunately, I have been doing all of these things. Those are really my habits. Huhu
So, it simply means that he hates me. Aitte?

154. Quotes #3


153. NASIHAT UNTUK penCINTA

Assalamualaikum,


Janganlah kau membiarkan 
kemanisan bercinta dihirup 
sebelum engkau berkahwin 
dengan ‘si dia’.


Bercintalah kau dengannya 
sekadar sahaja. 
Kelak mungkin ‘si dia’ 
bukan jodoh untukmu.


Jika kau ingin berbahagia 
seumur hidup, tahanlah 
dirimu untuk berbahagia 
sebelum engkau berhak
menjadi milik ‘si dia’.


Jika engkau menyintainya, 
binalah asas perkahwinan 
dengan tidak melanggar 
syariat-Nya.


Kebahagiaan yang kau lihat 
sebelum berkahwin hanya
palsu, yang hakikatnya adalah 
selepas kau diijabkabulkan.


Jikalau engkau inginkan pasangan 
hidupmu yang terbaik dalam 
untukmu, maka engkaulah yang 
patut menjadi yang terbaik dahulu.

Membina keserasian sebelum 
berkahwin bukanlah dengan 
cara berdating, cukuplah 
sekadar engkau tahu apa 
yang perlu kau tahu.


Bercintalah untuk mencapai 
cinta-Nya.


Jika engkau masih belum bercinta, 
tahanlah dirimu untuk bercinta 
sehingga yakin cinta tersebut 
membawamu ke gerbang perkahwinan.


Jangan biarkan nafsumu dengan 
cinta yang tidak diterima di sisi 
Allah, kelak Allah akan 
tarik kebahagiaan darimu.


Bercinta Biar Sampai ke SYURGA

152. Jangan Menunggu

Assalamualaikum,

Kepada sahabat-sahabatku,

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi tersenyumlah, maka akan bahagia..
Jangan menunggu kaya baru bersedekah tapi bersedekahlah, maka semakin kaya..
Jangan menunggu cinta baru berta’aruf tapi berta’aruflah, insyaAllah cinta hadir dalam redha Ilahi..
Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah tapi bernikahlah, maka insyaAllah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..

Jangan menunggu inspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam jiwamu..
Jangan menunggu dimotivasi baru bergerak tapi bergeraklah, maka motivasimu akan meningkat..
Jangan menunggu projek baru bekerja tapi berkerjalah, maka projek akan datang kepadamu..
Jangan menunggu dicintai baru mencintai tapi belajar mencintai, maka engkau akan dicintai..

Jangan menuggu kuantiti baru meningkatkan kualiti tapi binalah kualiti, maka kuantiti akan bersama orang yang berkualiti..

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang tapi hiduplah dengan tenang, insyaAllah bukan hanya wang yang akan datang bahkan lebih...
Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikut tapi bergeraklah, maka engkau akan menjadi contoh yang diikuti..
Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu..
Jangan menunggu kemenangan baru bertaqwa sepenuhnya tapi bertaqwalah dengan sepenuhnya, maka kemenangan pasti akan datang..

Para Kecundang selalu menunggu bukti dan Para Pemenang selalu menghadirkan bukti.
Seribu kata mutiara akan dikalahkan oleh satu aksi nyata.

151. 30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawanmereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaandicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tapi, tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..

150. Fairy tales never become Reality

Assalamualaikum,

Well, I don't know what to write and how to write it. The only thing that I know is that, there is a lot in my mind. Sometimes I just realize that I have been thinking several things at a time. It's undeniably stressful.

Yesterday was a shocked for me. Something just happen out from its usual order. It happened that yesterday was a birthday of someone important to the person I love. Unexpectedly, he forgot about it thus leading to a late birthday wish. 

That incident has caused us to pay so much for the mistake. He had been ignored the whole day yesterday making him decide on a conclusion of punishing himself. However, it affects me. He decided not to contact anyone, which means no one including me, until he is not being ignored anymore.

I know.

I understand that it is rational for someone to act like that. But at the same time also, I was thinking that he abandoned me. Why must he leave at the time that is critical just for the fact that he is punishing himself. There are lots more ways for him to punish himself. Why must the punishment involve me???

Questioning myself like a fool while I exactly know the answer.

The reality.

The fact.

I know I have been the one influencing him towards many other things that he is not supposed to. I admit that it is my fault that causes him to be careless enough to forget what he should remember.

But still, I am just speechless.

I ended up deciding the most painful choice. I asked for a break up. He tried to stop me, I acknowledge that. But I also notice that he is actually undecided. 

To me, he seems like he still does not know what he really feels.

Tonight, I went online at Facebook. I wonder since when did I became a really scary person. Loving him by stalking him and also others who are related to him. It is a really scary way to love someone. I wish to stop so I become unfriend with his siblings. 

In the end, I am the one feeling miserable. 
Worrying. Questioning. Thinking. Rationalizing. It is really a lot of work. 

Honestly, the only thing that I feel is that we are not fated to be together. His family just will not accept me forever. 

I hate him because he says that he loves me but he keep making me wait for him like a fool. Like it is a one-sided love. He always makes me the one to give in. He always makes me the one that should be hurt. 

I just wish that I had enough strength and courage to leave him. To break up with him. its not that I want it because I hate him. But in fact, I want it because I love him so much that it makes everything to be more hurtful than it is supposed to be. 

He left me once, after making promises that he will never leave me.

Now he came back, making the same promises, and it just feels like he is leaving, twice.

Finally, it really feels that he was never back and he will never come back. Because what he will keep doing is, leaving me all alone.

I know he is strong enough. Strong enough to turn his love into hate, like what he did before. 

Its just become more hurtful when the same pain shots you twice at the heart. The broken heart that is taking its time slowly to heal, which the probability is nearly impossible, is being broken again, by the words left unsaid.

Saturday, June 2, 2012

149. Life at home

Assalamualaikum,

A boring holiday...I got nothing else to do but finally this evening I found out something that catch my eyes and heart...I started to work on a handicraft project...just based on an example of an object, I can get full imagination of what I can create...and I finally feel energized and excited to live the day...

Finally, I finish the project at night and I was happy...I even brag about it to my parents and seek for compliments from both of them...weehee, so childish but I was just too excited...hehe..

I stopped with the project since my mum call for dinner...after dinner, we watch television together waiting for megamovie at TV3 at 10pm...it Alice in Wonderland...although I have watch the movie before and I even have the soft copy of the movie, watching it with family sure feels different...hehe

I think that is all that I can write this time...but I hope I can find a time to take picture of my new project to be uploaded here...anyway, I am on the verge of creating a blog for my handicraft project...I hope it can be ready soon...

Friday, June 1, 2012

148. Strive

suitable for me... 0.o
Assalamualaikum,

Well, today my mind is fully filled with just one thing which is my upcoming result...I am so nervous, anxious and scared...I want to have the confident yet I am just not sure how well will I achieve...I don't know what to react when I got my result...Moreover the result will be updated online so everyone will be busy checking their result and everyone is anxious...I am just not sure whether among all those people that will be checking at that day, will I be one of those who manage to get excellent result...

147. Feeling Good

Assalamualaikum,

Phew, it feels good to be home...and finally its not just a few weeks holiday, but it marks the end of the programme that I took... I am relieved, yet I am also nervous to wait for the result to come out...

Whatever it is, I still feel that I should enjoy the moment that I have right now...with so much leisure time, I can now do what I couldn't do in the past two years...my heart is excited to be able to fill my time with my passion...

Sometimes, I did wonder whether I am actually a science or an art student...its because, although I am studying science, my heart beats for arts...huahuahua...

Anyway, it never says wrong to choose both path...what is important is how I am going to manage my time... Not only that, it is also important to put priority to what I should do first...I will do both but I must make sure that I won't neglect either one of them...haha, how ambitious...

But, its not wrong to aim high because it allows me to challenge my limit instead of limit my challenge...everything that happen must have a reason behind it and whether its bad or good, make it as an experience...hehehe

choose wisely and just enjoy the show that you pick... ;)

Fabulous Friends