Follow me on twitter :)

Monday, June 25, 2012

159. Mekanisme Hati

Assalamualikum,

Hati bukan hanya sekadar organ dalam tubuh manusia. Tetapi hati itu merupakan tempat lahirnya perasaan seperti receptor walaupun tanpa disentuh secara fizikal seperti anggota zahir manusia yang lain.

Di situlah tempat munculnya perasaan seperti marah, sedih, suka, gembira, kecewa, cemburu, iri hati, dengki, cinta, rindu dan sebagainya.

Namun, perasaan yang paling ditakuti oleh manusia adalah 'sedih'. Perasaan ini adalah ancaman utama kepada manusia kerana kesedihan akan membawa kepada kemurungan dan pelbagai perasaan negatif yang lain.

Perasaan 'sedih' itu seringkali menipu manusia yang sedang kecewa ataupun putus asa. Kesedihan menarik manusia hanyut ke dalam arus yang menelan kewarasan akal seorang insan. Perasaan ini membuatkan manusia kian leka melayan kesedihan sehingga terlupa akan perjalanan hidupnya yang belum tamat. 

Masa tidak akan terhenti kerana kesedihan kita, bahkan akan terus bergerak pantas meninggalkan sesiapa yang terleka. Kesedihan bukanlah petanda bahawa dunia atau hidup akan berakhir. Sedih sama seperti perasaan lain yang menjadi bahan perencah dalam kehidupan kita agar hidup seseorang itu tidak hanya monotonous atau predictable.

Inspired from... 

" Dan hari memang berjalan lebih cepat setelah pelbagai kesedihan yang menimpa. Sudah begitu kudratnya. Masalahnya orang lebih banyak terkongkong oleh perasaan. Perasaan yang menipu hakikat waktu." 
Tere-Liye, dipetik dari Novel "Hafalan Solat Delisa"

Oleh yang demikian, banyak yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki diri sendiri agar tidak tenggelam dalam lautan perasaan. 

DELETE semua file kebencian...
INSTALL anti-virus egonisme...
RESTART kehidupan dengan kasih...
REFRESH peribadimu...
DOWNLOAD kesabaran...
UPLOAD tingkah laku yang benar...
Jangan UNDO pengalaman buruk...
COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yang baik...
Jangan TURN OFF selagi mampu untuk hidup...

No comments:

Fabulous Friends