Follow me on twitter :)

Sunday, June 24, 2012

153. NASIHAT UNTUK penCINTA

Assalamualaikum,


Janganlah kau membiarkan 
kemanisan bercinta dihirup 
sebelum engkau berkahwin 
dengan ‘si dia’.


Bercintalah kau dengannya 
sekadar sahaja. 
Kelak mungkin ‘si dia’ 
bukan jodoh untukmu.


Jika kau ingin berbahagia 
seumur hidup, tahanlah 
dirimu untuk berbahagia 
sebelum engkau berhak
menjadi milik ‘si dia’.


Jika engkau menyintainya, 
binalah asas perkahwinan 
dengan tidak melanggar 
syariat-Nya.


Kebahagiaan yang kau lihat 
sebelum berkahwin hanya
palsu, yang hakikatnya adalah 
selepas kau diijabkabulkan.


Jikalau engkau inginkan pasangan 
hidupmu yang terbaik dalam 
untukmu, maka engkaulah yang 
patut menjadi yang terbaik dahulu.

Membina keserasian sebelum 
berkahwin bukanlah dengan 
cara berdating, cukuplah 
sekadar engkau tahu apa 
yang perlu kau tahu.


Bercintalah untuk mencapai 
cinta-Nya.


Jika engkau masih belum bercinta, 
tahanlah dirimu untuk bercinta 
sehingga yakin cinta tersebut 
membawamu ke gerbang perkahwinan.


Jangan biarkan nafsumu dengan 
cinta yang tidak diterima di sisi 
Allah, kelak Allah akan 
tarik kebahagiaan darimu.


Bercinta Biar Sampai ke SYURGA

No comments:

Fabulous Friends