Follow me on twitter :)

Friday, October 14, 2011

95. Kerunsingan Hati



mungkin aku yang lemah
mungkin aku yang gundah
pada saat tiada masalah
aku terlupa dan mula berubah

namun aku lupa
semuanya tidak lama
hidup bagaikan roda
terdiam tanpa kata

pada saat kau hadir
aku tenggelam dalam lautan andaian
semuanya merunsingkan
mengganggu ketenangan hubungan

tenang air di permukaan 
tanpa sengaja telah aku kocakkan
melampiaskan nafsu dan kemarahan
terlupa ianya membawa kesan

kesabaran yang teruji
dengan pelbagai gangguan luaran
kau aku sakiti
pdih itu sekaligus turut hatiku rasai

hati yang kuat kian rebah
terjelepok ke batu dan pecah
hati itu terasa amat lemah
pada malam penuh dengan masalah



No comments:

Fabulous Friends