perjalanan itu,
bukan sesuatu yang kita tahu,
kita hanya melangkah lesu,
menninggalkan yang lalu...
perjalanan itu,
mungkin tiada penghujungnya,
tidak jelas takdirnya,
hanya Allah menegtahuinya...
perjalanan itu,
barangkali membuat kita tersasar,
dalam ombak hidup yang besar,
tanpa kita sedari halangannya mencabar...
perjalanan itu,
perlu kita sedari,
ianya hanya persinggahan duniawi,
sebelum setiap dari kita menemui mati...
perjalanan itu,
mungkin menwarkan cinta,
terkadang membawa lara,
tapi semua itulah yang menggamit rasa,
yang disebaliknya ada bahagia...
dan kerana itulah, hargai setiap detik perjalanan yang dimiliki..
kerana ianya bernilai dan tidak sia-sia...
No comments:
Post a Comment