Follow me on twitter :)

Monday, July 25, 2011

62. Pembohongan Itu

selamat petang...

hari ini saya ada post yang amat bermakna untuk diri saya...
sebab post ini akan berkisar tentang seseorang...seorang insan yang :
1. saya sayangi
2. saya sanjungi
3. saya kagumi
4. saya ingati
5. saya kasihi

insan ini sangat special untuk saya dan tiada satu pun yang lain di dunia ini yang mampu menggantikannya...dari aspek apa pun jua, dia tetap menjadi tuan di hati ini...

insan itu ada gelarannya...
insan itu ada namanya...
insan itu ada ertinya...
insan itu adalah IBUKU...

sebagai seorang ibu, aku tahu beliau amat menyayangi ku...bak kata ibu sewaktu aku masih kecil,
"kalau tak sayang, kecik-kecik dulu dah picit-picit sampai mati"

tapi ibu yang sanggup mengorbankan diri mengandungkanku dan melahirkanku, begitu lah juga beliau sanggup membohongi aku semata-mata untuk kebaikan ku, bukan kebaikan nya...aneh sekali sayang seorang ibu...

 


Pembohongan Ibu...

1. bila aku makan sesuatu dan menghulurkannya kepada ibu, sedang ibu tahu itu adalah makanan kegemaranku, ibu akan menolok untuk mengambilnya dengan alasan beliau sudah kenyang...sedangkan sebentar sebelum itu baru sahaja beliau katakan bahawa seteguk air pun belum sempat diminum gara-gara kesibukan tugasan...

2. banyak kerja ibu yang beum siap, tetapi apabila mendapat tahu ada keperluan anaknya yang masih belum lengkap, beliau segera memberhentikan kerja yang sedang dilakukan dan bergegas ke sisi ku untuk membantu agar siap semuanya...akan beliau katakan, "takpe, kerja ibu dah siap" sedangkan baru tadi beliau menyuarakan kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan itu...

3. kalau aku takut tidur seorang diri dan mengejutkan ibu untuk menemaniku, ibu akan datang ke bilik ku dan duduk di hujung katil dan tidur dalam keadaan duduk...katanya, "ibu belum nak tidur, lagipun ibu nak bangun awal esok pagi..jadi rehat sekejap je sambil duduk.." tapi apabila aku bangun lewat malam itu sehingga awal pagi itu, ibu masih lagi tidur dalam keadaan yang sama dan tidak berbaring...

4. apabila aku duduk di asrama, dan ada ketika apabila aku memerlukan sesuatu dan bertanya jika ibu akan datang dalam masa terdekat, ibu pasti akan mengatakan ibu akan datang hujung minggu itu untuk menghantarkannya..ibu kata ibu tidak sibuk tapi bila aku tanya abah, ibu sebenarnya sangat busy..apabila aku katakan pada ibu bahawa tidak perlu datang, ibu akan menggunakan alasan ibu memang nak datang jenguk sebab ibu rindu...

5. bila abah pergi mengikuti kursus dan aku menangis kerana ditinggalkan di rumah dan merindui abah, ibu akan kata tak mengapa...ibu kan ada...ibu pun tak sedih, jadi kenapa aku harus bersedih..tapi setiap hari ibu tunggu abah telefon...sebab ibu sebenarnya sedih macam aku tapi ibu tunjuk ibu kuat supaya aku tak terus hancur...

6. aku melakukan kesilapan paling besar dalam hidup aku, pada waktu kritikal yang menentukan masa depanku...sampai sekarang aku masih belum memaafkan diriku, tapi ibu selalu berkata, tak mengapa, ibu dulu pun alami benda yang sama...tapi aku ingat lagi dengan jelas dulu ibu selalu cakap jangan buat macam tu sebab ibu tak pernah buat...tapi ibu letak dirinya di tempat yang sama buruk agar dapat melegakan hati aku...

7. aku suka seseorang dan pada masa yang sama, dialah yang paling banyak buat aku menangis..ibu tahu tentang kami...meskipun aku tahu orang itu tak lagi menyayangi aku, apabila aku menangis, ibu sentiasa datang dan katakan padaku, takpe, dia masih sayang cuma dia tak tunjuk je...ibu katakan sesuatu yang akan ibu tahu akan membuatkan hati aku gembira walaupun aku tahu...

8. aku perlukan laptop untuk belajar...tapi abah tak benarkan beli, tapi tiba-tiba ibu cakap pada abah bahawa beliau perlukan laptop untuk buat kerja...abah benarkan ibu beli satu laptop dan lepas tu, ibu bagi laptop tersebut kepada aku...ibu menggunakan dirinya sebagai alasan agar dapat memenuhi permintaanku..

9. kalau aku buat salah dan ibu sedih, ibu akan masuk bilik dan diam...bila aku masuk, ibu tengah nangis, aku tahu ibu kecewa dengan aku, tapi bila aku minta maaf dan pujuk agar ibu jangan menangis, ibu akan kata, ibu tak nangis sebab awak, ibu sedih ingat kat atok...ibu rindu atok...aku tahu ibu tipu...!!

10. kalau pergi makan kat mana-mana, aku takot nak order makanan sebab tak sanggup nak guna duit ibu abah sebab tahu ibu abah kerja...tapi ibu mesti akan cakap, order la apa-apa...yang paling mahal dan paling sedap pun takpe, sebab ibu memang dah peruntukkan untuk belanja makan family untuk bulan ni...padahal, setiap kali makan luar pun ibu cakap benda yang sama...kalau setiap hari makan malam kat luar, setiap kali tu jugaklah ibu cakap macam tu...ibu buat macam tu sebab ibu tahu aku selalu pentingkan harga dalam apa pun...

*~*~*~*~*~*

sejujurnya, aku pelik dengan insan yang digelar ibu...apa sebenarnya yang mereka fikirkan sehingga sanggup berkorban ke tahap itu...melakukan pembohongan di mana-mana sahaja untuk kegembiraan seorang insan bergelar anak...

dan untuk anak yang tidak cukup membanggakan dan tidak pasti lagi aturan masa depan sama ada anak ini akan dapat membalas semua kesusahan ibu...

agaknya ibu sangka ibu tu ade hati besi ke...kenapa ibu mesti pentingkan anaknya daripada dirinya...kenapa sayang mereka sangat besar dan luas sehingga aku yang mempunyai hati yang kecil ini semakin merasa diri hanya insan berhati kerdil...

sebab itu, ibu sentiasa dapat mengisi ruang hati ku...
ibu yang membuatku gembira, marah, bahagia, cinta, suka, rindu...
dengan ibu, aku merasa semua, 
lebih daripada apa yang aku patut..

kerana parents aku la, aku rasa aku mampu untuk mengahrungi ombak besar di lautan...
kerana ada dua orang insan di sisi ku iaitu IBU dan ABAH...yang selalu berada bersamaku...
bukan di sisiku, tapi dalam hatiku...SENTIASA....

No comments:

Fabulous Friends