Follow me on twitter :)

Tuesday, August 16, 2011

78. Jenis-Jenis Puasa

Assalamualaikum w.b.t.

solat terawih memang unik..sebab bulan ramadan je yang ade... :)

kat kolej saya ni, kitorang buat terawih 11 rakaat je...8 terawih + 3 witir...
yang terawih 8 rakaat tu pun dibahagi kepada dua...iaitu apabila habis 4 rakaat, kami akan berhenti sebentar untuk tazkirah ringkas...tujuannya untuk elakkan para jemaah daripada terasa penat atau mengantuk sangat..

nak dijadikan cerita di blog ni, semalam tazkirah mengenai jenis puasa...ada 3 jenis...jenis yang pertama, semua orang buat...jenis yang kedua, xramai buat...jenis yang ketiga, cuma orang yang betul-betul kuat je buat...jenis-jenis puasa tersebut ialah:



1. puasa umum
- puasa ni, semua orang buat, sebab puasa ni melibatkan berpuasa untuk aspek makan dan nafsu syahwat...

2. puasa khusus
- puasa khusus ni, xramai yang buat sebab puasa ni dah melibatkan berpuasa dari aspek tubuh badan..contohnya berpuasa daripada mengumpat, mendengar umpatan, melangkah ke tempat maksiat atau melihat perbuatan maksiat...

3. puasa khusus al-khusus
- puasa jenis yang ketiga ni kira lagi khusus daripada yang kedua...orang yang sangat menjaga iman dan syurga je yang mampu...sebab puasa ni melibatkan berpuasa hati daripada memikirkan hal-hal duniawi yang tak berfaedah untuk akhirat...contohnya, tengok tv kot?? ataupun, main game?? hehe

tapi setiap orang memang lah ada kemampuan masing-masing untuk capai tahap jenis puasa yang mana...
tapi sebagai umat Islam yang prihatin, apa kata, jom kita ramai-ramai cuba untuk capai tahap puasa yang ketiga tu...mesti best kan..??

okey...sampai sini je tazkirah tu... :))

walaupun rasa macam susah, tapi tu terbaik untuk kita :)

No comments:

Fabulous Friends