Follow me on twitter :)

Saturday, August 20, 2011

81. Jiwa yang Tenang

Assalamualaikum...

* siri peringatan buat yang masih hidup *

"Kejayaan yang diraih oleh seseorang tanpa ditunjang oleh ibadah bagaikan bangunan yang didirikan tanpa asas (foundation)"

"Keinginan untuk dilihat sebagai hebat sebenarnya akan mengsengsarakan kita"

"Nikmatilah hidup merdeka, tidak diperhambakan oleh keinginan dipuji, dihormati atau dilayan istimewa, sebab menjadi orang-orang yang biasa itu sebenarnya nikmat! =)"


"Apabila kita bergantung kepada manusia, kita akan takut kehilangan pergantungan kita"

"Cukuplah Allah yang menjadi sandaran kita, kerana Dia tidak akan mengecewakan sesiapa pun yang bergantung kepadaNya"

"Berani hidup harus berani menghadapi masalah. Jangan takut dan gentar dengan masalah yang menghalang"

"Hadapi dengan benar dan tawakkal, kerana setiap masalah sudah diukur Allah bersesuaian dengan kemampuan kita"

"Raihlah kemenangan dengan kemenangan sejati, iaitu bersikap rendah hati dan tetap menghormati pihak yang kalah"

"Ubahlah kekalahan menjadi kemenangan dengan bersikap lapang dada, mengakui, memuji dan menghormati kemenangan orang lain"

"Beruntungnya kita bukan perkara menang atau kalah, jika bukan isu mendapatkan atau tidak"

"Beruntungnya kita jika kita berjaya berubah menjadi lebih baik dalam situasi apa pun"

"Jangan kita lakukan sesuatu semata-mata kerana 'ingin', sebab 'ingin' tidak pernah ada habisnya. 
Juga jangan lakukan kerana 'suka', sebab  'suka' mudah berubah.
Berubahlah kerana 'perlu', sebab 'perlu' mengundang banyak manfaat"

"Sesungguhnya hidup ini adalah rangkaian ujian yang tiada hentinya"

"Seberat-berat ujian adalah kelapangan, kemudahan, pujian dan hal-hal yang membuat kita lalai dan lupa kepada Allah"

"Kejayaan sebenar adalah lulus ujian dengan markah terbaik mengikut piawaian (standard) penilaian dari Allah SWT"

Semoga Tabah Hati, Tak Berbelah Bagi


hati itu satu, satukan lah hati :)

No comments:

Fabulous Friends