Apabila usia meningkat dan pasangan hidup perlu dicari untuk melengkapi layar hidup, ramai yang mula memasang mata untuk mencari yang terbaik...namun, pada masa kini, orang ramai menilai baik itu dari segi yang berbeza iaitu baik yang memuaskan hati mereka, bukan lagi baik yang tinggi budi pekerti...
dalam memilih pasangan hidup, terdapat berbagai ragam dan telatah manusia...tetapi, pada dasarnya, sikap yang sama ditonjolkan oleh sang pemburu cinta sama ada lelaki atau wanita...kenapa?? kalau ikut kata ustaz saya dulu, sbb pemikiran jadik sama bile dah mkn dan bernafas udara yang sama...haha...
Untuk memilih teman hidup, lelaki semestinya akan memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.. kalau boleh macam nak peragakan pasangannya biar semua orang makan hati ditu sebab jeles...aduyai...masalah betul! tapi, bile dah mmg cantik tu, takde siapa nk nafikan la...ramai la mule memuji :
"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya." atau
"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."
Hati yang sememangnya mendambakan pujian akan terima dengan begitu gembira dan bahagia..namun, kita lupe sejenak...pujian itu makanan syaitam...Mesti ramai antara kita semua akan berbangga jika menerima pujian sebegitu...mana tidaknya, terserlah kehebatan mencari pasangan...betul tak??
tapi, pasangannya boleh di bawa kemana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. tak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji. Setiap hari keluar berdua, tanpa jemu-jemu. Bahagiakah namanya itu?? jika setiap hari keluar dating. Itulah lumrah pasangan berkasih, lupa segala syariat dan hukum Allah SWT...bukan itu sahaja, kalau segala kenikmatan hubungan itu dah dihabiskan masa ini, nanti lepas kahwin ape jadik la agaknya...tu belum fikir lagi hal kalau dah bosan tapi belum kahwin...haaa, macam mana tu??? adui, kecewa sakan....
tapi masih juga ramai yang menyangakal akibat pedih sebegitu dengan menggunakan alasan :
"Yang penting happy, hidup kan hanya sekali"
kalau tahu bagusla...habistu ibadat macam mane??? syariat letak mana?? hukum??? semua tu ade pulak hidup kedua kali?? takda kan..pandai2 la jwb.. :P
Pandangan orang kini, kalaulah pasangan yang dipilihnya tak cantik, tak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin syurga buatnya.
terfikir pula kata2 umpatan dari orang di sekelilingnya terutama teman-teman rapat...mesti malu :
"Tak de orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la"
"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro"
Sebenarnya, pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah SWT dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan iblis syaitan laknatullah..namun difahami tentu wujud rasa bosan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua..Tentu kita bersungutkan, kalau ajakan kita tak dapat dipenuhinya...namun, berfikirlah kembali bahawa itu adalah sesuatu yang baik yang tidak mudah dicari di sebalik wanita zaman ini...walaupun dia tak cantik pada rupa paras, tapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh didada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan...
Untuk wanita pula, kesnya tidak berbeza...malah sama dengan pemikiran kaum adam...untuk memilih teman hidup, mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang handsome, bergaya dan kaya. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji...pujiannya akan berbunyi sama dengan pujian tehadap lelaki tadi...
Dalam hati tak terkata , betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan. Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya dihujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan berchatting di facebook sehingga jam 3-4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidakkan? Bila diri di lamun cinta, tak jemu-jemu meluahkan rasa rindu.
Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan?. Ya la, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita, huhuhu. Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah SWT. Tentu bosankan?, asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah SWT dah tetapkan untuk kita,supaya kita tak terus hanyut dengan godaan iblis syaitan. Allah SWT nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka. Di dunia kita tak merasai azab Allah SWT, sebab tu la kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan saje. Kalaulah Allah SWT turunkan azabnya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Terbaik dari segala hal....
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik.....
Soleh dan solehah.....
Mukminin dan mukminat....
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat....
Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik.....
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi....
Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan....
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat....
*diadaptasi daripada iLuvIslam...xoxo
No comments:
Post a Comment