Follow me on twitter :)

Monday, June 20, 2011

37. Today was a fairytale


Andai tiada cinta antara kita, takkan ku goyah bila malam menjelma, menyesali tiada kekuatan juangkan kehidupan kita.. 
Jika cinta tidak mekar, mana mungkin kamulah perkara pertama yang ku ingat bila mataku dijamah mentari.. Masih bersisa kasih dan rindu, semakin dalam seolah merobek hati kala terkenang akan kamu.. 
Tiada saat dalam detik aku tidak membayangkan senyuman di wajah mu...



Tika kini hembusan bayu menari-menari...
Tika beginilah kerinduan mencengkam disanubariku...
Teringatku tika kita bersama...
Di waktu kita sama-sama menyusuri kehidupan bersama...
Walau hanya seketika...


seringkali ku dakap sepi sendiri
seringkali ku sapa rindu berlalu
seringkali ku intai cinta dihatimu
masihkah terselit secebis cintaku?
agar bisa ku khabarkan pada dunia
bahawa aku masih berpunya...;)

namun kini ku sedar
semua itu tiada sudah
semua itu berlalu sudah
tiada lagi walau secebis
cintaku dihatimu
dan kini akan ku khabar pada dunia
bahawa aku tidak lagi berpunya... :)


Sukar utk ku nyatakan, perasaan pdmu yg smkn menebal...
Sungguhpun bgtu, aku terpaksa menerima hkikat sbnar diri ini tidak dicintai,
berat hati utk melepaskanmu dan sudah pasti kau akan terluka...
dan andai ku pilih dirimu mnjadi kekasihku,bgai mana dgn dia yg lebih setia menyintaiku?
Serba salah xmenentu..pastiku sendiri drpd meluka keduanya... 
tak mungkin akan terjadi dua jiwa satu hati...



izinkan lelaki itu pergi... walau kakinya bagai terpasung luka... walau hatinya tercalar bisa... 
izinkan dia melangkah jua... tangismu tidak dia lupakan...
bukan dia tega... bukan dia rela... tetapi dia terpaksa...izinkan dia pergi jua :'(


"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, 
tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, 
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu,
walaupun sedetik cuma dan ia lebih berharga berbanding tiada."


today was a fairytale~~~

No comments:

Fabulous Friends