Follow me on twitter :)

Wednesday, June 22, 2011

38. Cinta itu Fitrah

assalamualaikum...

hai...hari ni saya tertarik untuk menulis tentang fitrah cinta...kita semua sedia maklum bahawa cinta itu sememangnya wujud dan adalah satu perasaan fitrah yang semestinya akan dirasai oleh sesiapa jua...namun, adakah kenyataan itu sahaja telah memberikan kita kata laluan untuk menjalin hubungan cinta...???

saya sendiri pernah mempersoalkan isu tersebut...ya, memang saya tak nafikan, saya pernah menyayangi seseorang walaupun perasaan itu mungkin hanyalah imaginasi anak muda...namun, apabila orang di sekeliling mula mempersoalkan tentang perasaan cinta yang patot ada oleh seorang hamba Allah, saya menjadi musykil...

ramai yang menyatakan cinta itu adalah semata-mata milik Allah...saya tidak menyangkal hakikat itu dan saya juga tahu bahawa cinta paling besar dan agung, serta cinta abadi hanya cinta seorang hamba terhadap penciptanya...namun begitu, saya terfikir, nabi kita juga menyayangi Allah dan baginda turut mencintai isterinya...dan antara isteri-isteri baginda, baginda sangat menyayangi aishah...



bukan itu sahaja, Al-Quran turut menyatakan bahawa Allah menciptakan sesuatu itu berpasangan...setiap yang hidup dan diciptakan akan ada pasangannya sendiri yang telah ditakdirkan...ini bermakna, kita boleh mencintai dan menyayangi seseorang selagi ianya tidak melebihi cinta kita terhadap Allah...

ketika saya pernah menyayangi seseorang, saya sangat takut walau untuk mengaku pada diri sendiri bahawa saya memiliki perasaan itu...kerana itu lah, saya menyimpannya seorang diri di samping memastikan  batasan yang perlu dijaga...

tapi sedihnya apabila orang di sekeliling mengetahui, manusia sangat gemar menjadikannya sebagai buah mulut...tak kurang dengan yang memandang serong sehingga akhirnya perasaan yang terjaga itu terganggu dan mengakibatkan kebencian...manusia memang suka berkata-kata tapi perlukah sampai ianya terkesan kepada sesuatu yang negatif??? selagi ada sahaja yang tidak puas di hati sendiri, pasti ada sahaja yang ingin diperkatakan sebagai bahan harian untuk dilontarkan...

akhirnya saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada seorang yang saya kira lebih arif daripada saya...saya menemui kakak usrah saya yang merupakan naqibah dan juga senior saya...ya, saya sangat malu untuk membuka cerita lama tapi kerana inginkan kepastian, saya menceritakan segalanya kepada beliau...

kemudian saya bertanya,
"adakah perasaan menyayangi itu salah??? sehingga orang ramai menjadikannya sebagai satu bahan ejekan untuk memandang serong terhadap seseorang??"

kakak usrah saya menjawab, 
"sesungguhnya cinta itu tidak salah...Allah mewujudkan hati dalam setiap insan untuk saling menyayangi...dan sebab itu lah tidak salah untuk menyayangi seseorang..."

untuk memastikan jawapan nya, saya bertanya dengan lebih terperinci... 
"walaupun menyayangi seseorang yang berlainan jantina??"

akak itu menjawab, 
"memanglah tak salah, selagi ianya tidak membawa kepada keburukan...selagi rasa kasih dan sayang itu terjaga dengan batas syariat Islam dan tidak membawa kepada zina...perasaan sayang kepada seseorang yang berlainan jantina itu adalah satu FITRAH yang telah dijadikan oleh Allah kerana pasangan kita adalah lelaki dan perempuan...namun kita perlu bijak mengawal perasaan itu..."

saya gembira mendengarnya tetapi juga sedih kerana gara-gara tindak-tanduk manusia, perasaan yang mampu dijaga sebaik mungkin untuk tidak dicalari oleh apa pun jua telah dihapuskan...

tapi, sebagai seorang insan muslim, kita juga perlu yakin bahawa setiap yang berlaku itu adalah ketentuan Allah...dan itulah yang dinamakan qada' dan qadar...mungkin juga kita sangka perasaan tu terjaga tetapi sebenarnya ia nya telah dicemari...siapa tahu lebih dari jangkauan Allah yang Maha Melindungi... :)

No comments:

Fabulous Friends