haha...cinta tu memang boleh terlebih dan terkurang...kadang-kala kita terlupa banyak mane je cinta yang kita patot beri...kita akan beri lebih daripada apa yang kita dapat dan lebih daripada apa yang kita potat dapat jugak...bende macam tu lah yang boleh memudahkan hati pemberi cinta untuk menjadi lebih sakit...ouch!!
jadi, nak bercinta tu okey je...tapi jangan sampai cinta itu memusnahkan kamu...dan menghancurkan kamu...sebab sepatotnya cinta itu mengindahkan lagi hidup seseorang.. :)
Tanda Terlebih Beri Cinta... 1. kamu menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kamu.
2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang.
3.Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu.
4. Apa sahaja yang di mintaknya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.
5. Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian.
6. Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.
----------------------
tsk, tsk, tsk...begitulah...tak perlu berkorban terlampau dahsyat...orang yang menyayangi kamu sepatotnya menerima kamu seadanya...jadi, berusaha untuk beri yang terbaik itu perlu, tapi dalam tahap yang sekadarnya...
No comments:
Post a Comment