segalanya...
antara kau aku dan dia
sepertimana yang telah aku jangkakan..
ya, akhirnya aku dapat melihat diri yang sama
antara kau dan dia...
tiada perbezaan dalam persamaan kamu
bukan niat di hatiku
untuk membanding atau menyamakan
antara kau dan dia
tapi kenyataan itu sangat jelas untuk diperlihat
tanpa perlu dihujahkan
pernah aku katakan
kalian sama
dan menyebabkan
dan menyebabkan
aku khuatiri persamaan itu
turut membawa
pengakhiran yang sama
kau menafikan dengan tegas
meyakinkan aku
kau bukan lah dia
harapan mula mekar
mengahrapkan ianya menjadi benar
namun kini,
kenyataan terungkap jua
kau masih seperti dia
pengakhiran yang sama
walau telah aku bezakan
antara kau dan dia
tidak aku sesali
bertemu orang yang sama
tetapi yang amat aku terkilan
kau memberi harapan,
dan penamat yang sama
dalam perjalanan yang berbeza
segalanya terhenti kini
aku masih cuba mengerti
aku dibebaskan lagi
tapi jawapan menjelasi
keadaan yang meragui
anda kau dan dia sedar
segalanya tidak aku sengajakan
maafkan diri yang kekurangan ini
kerana sesungguhnya
aku insan dan hamba Allah yang kerdil
aku turuti juga
kemahuan
kau dan dia,
bukan kerana aku inginkannya
bukan kerana aku suka
tapi kerana
kalian yang meminta
sekali lagi maafkan aku
kau dan dia sama
tetap aku kenang di hati
bezanya hanyalah waktu kalian ku temu
tapi kau dan dia sama
tetap pernah berada di sini...
No comments:
Post a Comment